Kepenatan

Letih.
 
Hanya itu saja yang dapat aku ucapkan sekarang. Petang semalam ke Ipoh seorang diri and check-in  hotel setelah berpusing-pusing dua kali melalui hotel tempat akan menginap. Pagi tadi hanya breakfast 2 keping toast bread dan mango juice. Selepas itu bergegas ke bilik untuk ambik barang dan check out.
 
Aku round satu Ipoh untuk cari kedai nak blueprint plan yang aku bawa dari KL di awal pagi. Hampir jam 10 pagi, aku dah bertanya pada 5 kedai dan semuanya tak ada perkhidmatan fotocopy plan. Kedai terakhir yang aku singgah, pembantu kedai tersebut memberikan cadangan yang cukup bernas.
 
"Saya tak ada kertas sebesar nih. Saya photocopy, cantumkan dan gam boleh tak?"
"Berapa keping nak cantum?"
"Err.. kalau besar nih........... (titik banyak menunjukkan agak lama dia terdiam. Mungkin berfikir)... 8 Keping!!"
"Haaa? Tak payah lah dik"
"Kedai lain tak ada ker yang tak payah cantum dan gam?"
"Ada, tapi jauh. Kena keluar town sikit."
"Terima kasih."
 
Aku ambil plan dan blah.
 
Bergegas ke tapak projek untuk penyerahan semula tapak, dan sekali lagi aku naik angin.
Security Guard tak ada dan gate utama berkunci. OK. Memang salah aku sebab aku keluarkan memo minggu lepas supaya pintu utama dikunci setiap masa. Tapi, aku harapkan pintu dikunci dan guard ADA menjaga - setiap masa.
 
Agak lama aku bunyikan hon kereta, aku teringat segugus kunci yang aku bawa. Cuba satu persatu di bawah panas terik matahari dan frust!! Kesemuanya bukan kunci yang sepatutnya. Tak nampak sesiapa keluar. Sunyi sepi. Penat berfikir, aku ke belakang kereta dan ambil tukul besi dari belakang kereta dan YAAAAAAAAAA... 3 kali ketuk dan mangga terlerai. Aku puas hati.
 
Penyerahan selesai dan aku bergegas ke Casuarina untuk lunch. Untungnya menjadi paymaster, kalau aku lambat, mereka akan tunggu. Ha ha ha. Aku sengaja makan perlahan-lahan. Kemudian drive balik seorang diri ke KL. Singgah di office untuk check and reply emails dan inilah aku sekarang. Ended up menulis blog tentang kepenatan aku.

Penat. Penat menulis dan aku akan tulis lagi esok. Bila tiba masa aku tak penat lagi.

 


  
 

# Marilyn | Permalink |

 

CAKAP-CAKAP


Name :
Web URL :
Message :

LAMA-LAMA

KAWAN-KAWAN

LAIN-LAIN

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Mat Jan