 |

Penghendap
Minggu lepas sememangnya suatu minggu yang menyeramkan. Kakak di belakang rumah bercerita tentang rumah aku dihendap orang. Yaaaaa.... Gelakkan aku. Gelaklah. Semua orang gelakkan aku bila aku buka cerita ini. Macam lah ianya sangat lucu. Perlakuan spontan bila aku bercerita pasal penghendap di rumah aku pada sesiapa sahaja. Mereka tak faham. Mereka tak mengerti perasaan seseorang yang dihendap. Perasaan aku dan teman-teman serumah.
Kami terasa seperti diri di ceroboh. Seperti diperhatikan setiap masa. Dan tentunya kami berbincang bilakah masanya waktu-waktu kami menyeksi-kan diri si rumah sendiri. Hahaha. Sekarang, kami lebih berhati-hati. Mata akan berkeliaran memerhatikan pejalan-pejalan kaki yang melalui jalan di hadapan rumah. Kami akan survey rumah sebelum masuk atau mengunci pintu pada waktu malam. Sesuatu yang positif tentang kehadiran penghendap ini ialah kami lebih berhati-hati!! dan tentunya kami lebih berwaspada....
Mungkin di fikiran pembaca terbayang pelbagai kelakuan penghendap yang menghendap rumah aku. Bukan, penghendap tu tak menghendap menerusi siling rumah. Juga tidak melalui celah-celah lubang. Penghendap menghendap melalui cermin dapur rumah aku. Supaya pembaca lebih paham, baik aku ceritakan keadaan rumah aku supaya pembaca dapat membayangkan dengan lebih jelas.
Rumah aku ialah double storey terrace. Bawah hanya ada dapur dan ruang tamu. Rumah aku ada 3 bilik dan kesemuanya di atas. Menurut cerita akak belakang rumah, dia ternampak penghendap menghendap rumah kami melalui tingkap dapur. Since tingkap belakang tu tinted sliding glass, so agak obvious bila mana penghendap terpaksa menekupkan mula pada grill untuk mengesan imej yang lebih jelas ketika menghendap (teori aku sendiri). Akak ini terserempak penghendap pada pukul 7 pagi, hari Sabtu. Sangkanya pekerja bandaran yang membersihkan kawasan belakang rumah lalu dibiarkan sahaja.
Pagi Ahad, akak ini ternampak lelaki yang sama. Curious, dia memerhatikan kelakuan lelaki itu dan dikenalpasti bahawa lelaki itu sedang menghendap! Kakak itu terus menyergah lelaki itu. Tau apa yang dilakukannya???? Dikeluarkan sang "BURUNG" (kenapa aku kena mengcapital kan perkataan burung?) nya dan ditayangkan pada akak tersebut. Apalagi, bukan penghendap yang melarikan diri, akak belakang rumah aku yang lari lintang pukang sebab terkejut.
"Lelaki tu 'sihat' ker tak, kak?"
"Sihat.. muka dia waras jer. Kalau orang gila memang kita boleh cam.."
"Indonesia?"
"Bukan, orang Melayu, dik. Umur dalam lingkungan 45 tahun, pakai sut macam mekanik"
Aku tarik nafas panjang. Ada lagi kategori 'pakcik' yang berkelakuan macam budak-budak nakal jalanan. Sah sah penghendap itu sex maniac. Kalau tidak masakan dia bawa burungnya berjalan-jalan.. errrkkkk... bawa burung nya berjalan-jalan dan ditunjukkan kepada orang. Tak faham aku kerenah lelaki bernama penghendap ini.
Aku dan teman serumah membuat laporan polis sebab runsing implikasi yang lebih teruk. manalah tahu.. kes rogol dan kes-kes pelik-pelik kerap berlaku sekarang ni. Dan pengalaman disoal polis selama sejam setengah dirasakan sangat memeritkan. Macam aku pulak yang menghendap. Redha sajalah.
Apa-apa pun, aku dah jumpa solution yang amat bijak sekali. Aku akan bercucuk tanam kaca di belakang pintu rumah aku dan di bahagian tingkap rumah. Di samping itu, polis yang menyoal aku jugak mencadangkan aku reserve segenggan cili boh berdekatan tingkap dapur rumah.... Bagus kan?.........
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|