Hartamas Square dan Air Lalat



Semalam berbuka puasa bersama kawan-kawan se-geng semasa di Universiti. Seronok sungguh aktiviti gathering semalam. Al-maklumlah, dah hampir 3 tahun tak bersua muka. Ok, ok, to be exact, memang aku lah yang menyepikan diri (menyombongkan diri? hehe, ampunnn kawanku, aku terlalu bekerja keras sehingga melupakan kawan-kawan ) ekoran tuntutan kerja dan sebagainya. Mereka masih berjumpa jika ada kelapangan.. tetapi tidaklah gathering besar-besaran.

Semalam kami berbuka di Hartamas Square. Selalunya jika ke Hartamas, aku hanya ke Uncle Don's cafe. First time menjejak kaki ke Hartamas Square. Riuh rendah kami bercerita pasal diri masing-masing dan mengusik satu sama lain dengan cerita-cerita lama. Farah masih dengan perangai gila-gila. Yani Merican maintain rugged. Nita masih ayu dan Fila cute seperti dulu-dulu walau sudah beranak satu. Aku juga mengenali kawan-kawan baru Vena, Rina, Sha Boy, Boy Herman dan Zam. Meriahnya!!

Yang tak meriah apabila fresh orange yang aku order tiba-tiba berlalat di dalamnya. Chesss... Aku pun tak pasti samaada air itu sudah berlalat apabila aku minum atau lalat itu baru sahaja reverse parking dalam air oren ku yang tinggal setengah gelas itu. Nampak saja lalat, Farah dengan gaya Lara Croftnya mengambil straw dan gila-gila melemaskan lalat dalam air oren ku.

"Lemaskan lalat ni..Lemaskan lalat ni.."
"Weh, air aku lah. Aku nak minum air apa nih? Air nih dah ada lalat. Errrkkk, lalat nih dah ada sejak tadi ker?"
"Kau tak tengok ke sebelum minum?"
"Tak tengok. Aku terus minum je. Kena tengok dulu ker? Farah, kau dah tanggalkan sayap lalat nih. Macam mana dia nak terbang?"
"Tok sah terbang lah. Kejap aku panggilkan orang tu suruh tukarkan air kau"

"Abang, tukarkan air ni. Ada lalat..."
"Dah separuh mana boleh tukar. Lalat tuh baru masuk lah"
"Lalat nih memang dah ada kat sini dari tadi. Kawan saya yang tak perasan minum dengan lalat-lalat nih sekali. Tengok, dia dah pening. Kejap lagi kalau dia muntah, saya kena bawa pergi klinik" (pada scene ini, aku buat-buat muka seposen mcm pening-pening lalat).
"Nak ganti balik air oren ni atau saya claim medical bill kat abang nanti? Cepatttt..."

Abang air oren berlalat ambil gelas aku dan datang 5 minit kemudian dengan air oren baru.

"Farah, kau rasa dia sabotaj aku tak? Mana tahu dia tak tukar air nih. Dia buang lalat and tambah air oren lain ker..."
"Kau minum jer... Takper lah bekas lalat pun. Datuk aku cakap sapa minum air lalat jadi pandai."
"Ok."

Aku order lagi segelas fresh orange dan bagi Farah minum air oren aku. Hehehe. Peace!

# Marilyn | Permalink |

 

CAKAP-CAKAP


Name :
Web URL :
Message :

LAMA-LAMA

KAWAN-KAWAN

LAIN-LAIN

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Mat Jan