 |

Tsunami (tsoo-nah-mee)
Malaysia dikejutkan dengan impak gempa bumi dan ombak Tsunami yang melanda utara Sumatera semalam - 26 December 2004. Ramai yang terkorban. Salam takziah dari aku untuk keluarga mangsa-mangsa tersebut. Latest news yang aku dapat di radio masa drive ke tempat kerja semalam, 43 terkorban. Rasanya untuk beberapa minggu akan datang, perkataan tsunami akan menjadi perkataan favourite setiap orang menggantikan Hasmawi Hassan. Pak long dan Pak Teh di kampung pun barangkali sudah pandai menyebut tsunami walaupun sebelum ini tak pernah mendengar perkataan tersebut.
Dengar khabar, impak tsunami paling teruk melanda Penang, Kedah dan Perlis. Termenung panjang seketika aku selepas menonton Buletin Utama semalam. Sebenarnya aku bersyukur sebab gathering GJ mungkin menyelamatkan nyawaku. Sebenarnya aku di antara dua, untuk menghadiri gathering GJ atau pun be Pangkor/Langkawi. Bukan bercuti tetapi untuk survey tempat-tempat menarik bagi meeting tahunan company. Last sekali aku putuskan untuk menghadiri gathering GJ. Perancangan survey visit aku postpone ke minggu depan. Alhamdulillah... Terima kasih GJ.
Berbalik pada tsunami, mungkin ramai yang beranggapan ianya adalah typhoon. Bukan. Matapelajaran berkenaan tsunami ini aku pelajari semasa di tingkatan 3. Geografi yang aku paling tak minat kecuali bab tsunami yang berjaya membuatkan aku membuat research sendiri. Menarik sekali konsep tsunami.
Cikgu geografi ketika itu kata ia hanya berlaku di Jepun dan negara-negara yang berada dalam kawasan liputan gempa bumi. Itu theory cikgu aku 10 tahun lepas, yang dipelajari daripada cikgu-cikgunya berpuluh tahun sebelumnya. Siapa sangka, Malaysia yang tak termasuk dalam kawasan liputan gempa bumi pun akan dilanda tsunami dan impak gempa bumi kini.
Semalam aku menganalisa keadaan yang berlaku. Malaysia secara keseluruhannya gempar setelah dilanda musibah alam sebegini. Pak-pak Menteri di kaca tv dilihat merenung jauh alunan ombak dan air lumpur. Dana dan bantuan pastinya disalurkan mencurah-curah. Menurut Farid (a friend of mine), kalau di Jepun, mereka telah bersiap sedia dengan kehadiran gempa bumi. Di kawasan-kawasan lapang tertentu sudah ada pole-pole yang menandakan assembly point untuk head count sekiranya berlaku gempa bumi. Setiap orang sudah tahu tempat untuk dituju dan menyelamatkan diri.
Mungkin cara itu membantu. Salah satu daripada Emergency Response Plan menghadapi gempa bumi oleh kerajaan Jepun. Malaysia? Mungkin bahagian-bahagian tertentu di jabatan kerajaan patut memikirkan ERP yang sepatutnya bagi menghadapi keadaan tak terduga. Maka tak adalah keadaan kelam kabut penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri di pangsapuri-pangsapuri dan bangunan-bangunan tinggi. Kita tak harus duduk bergoyang kaki sahaja dan menganggap teori berpuluh-puluh tahun lepas masih boleh diguna pakai kerana masa kini, apa-apa sahaja boleh terjadi. Fikirkan!
________________________________________________________________
Aku tak sempat mengulas panjang pasal tsunami. Sila buat lawatan sambil belajar:
http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/characteristics.html
http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/earthquake.html
http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/mitigation/mitigation.html
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|