 |

"Lembu Dilarang Masuk"
Korang pernah tengok tak signboard mengatakan "Lembu Dilarang Masuk"? Masa aku dalam perjalan balik drdp Kelantan ke Kuala Lumpur lepas Aidiladha, aku jadi penumpang - menumpang kereta Aunty and Uncle Mualaf aku. So peluang tuh aku gunakan sepenuhnya melihat kawasan-kawasan jajahan aku dan memerhati pokok-pokok di tepi-tepi jalan. Kagum sungguh. Jarang dapat peluang macam ni sebab selalunya aku hanya jadi pemandu. Jadi pemandu kurang sikit tumpuan pada sekeliling. Tumpuan hanya pada kereta dan jalan raya sambil jeling-jeling sikit kat tepi-tepi jalan mencari lemang dan durian (kalau musim durian).
Aku ternampak signboard "Lembu Dilarang Masuk" kat satu area kelapa sawit yang baru ditanam. Anak kelapa sawit lah. Siap ada gambar lembu dalam bulatan dan berpalang merah lagi kat situ. Tergelak besar aku. Tak pasti ditujukan kepada pemilik lembu atau kepada lembu itu sendiri. Lembu boleh membaca ker? Phrase BODOH MACAM LEMBU selalu digunakan. Sah sah lembu tak reti membaca. Tapi signboard tu macam ditujukan kepada lembu. Entah lah.. tak heran pun pasal banyak signboard yang disalah eja dan nampak kelakar kalau kita perhatikan di sekeliling kita ni. Atau pemilik ladang yang tak bijak meletakkan perkataan sedemikian? Tapi kalau difikirkan, target group signboard tuh ialah lembu. Cuma mungkin tak perasan bahawa Lembu tak reti membaca.
*Marilyn teringat kawan masa sekolah menengah - Peng@Zefi. Tiap kali bapak dia datang melawat, hanya satu pesanan yang akan dipesan - "BELAJAR BIAR BIJAK".
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|