JUTAWAN SENYAP

Malam semalam aku membaca 'Menjejaki Jutawan Senyap'. Tak habis lagi. Tinggal lagi dua bab untuk aku habiskan. Lama sudah aku tak membaca buku-buku berunsur motivasi. Last time buku motivasi kewangan yang aku baca sudah lupa tajuknya. hadiah daripada Abah sempena kempen 'Sila Jaga Kewangan Anda and Jangan Asyik Nak Shopping Ajer'. Hehe. Itulah Abah aku.. Suka mengingatkan anak nya suruh kumpul duit banyak-banyak.

Aku nak cerita pasal buku Jutawan Senyap yang aku baca. Bahasanya sangat mudah difahami. Terasa seperti berborak dan mendengar cerita daripada si penulis.. dan impaknya sangat kuat... Aku teruja untuk menjadi usahawan! Ya!! Puas aku berfikir semalam bentuk perniagaan yang akan aku usahakan(Of course lah part-time aje..) Pagi tadi semasa mandi telah dapat satu idea yang bernas.

Yaaaa... aku harap aku akan jadi Jutawan Senyap satu hari nanti. Sejarah aku berniaga, aku dengan adikku Ainul pernah jual 500 burger dalam suatu hari masa pasaria sekolah. Sampai lenguh-lenguh badan berdiri masak daging burger. Tapi bila tengok hasilnya, puas hati. Duit itu untuk derma PIBG sekolah. Aku berniaga suka-suka aje. Macam mana pun, kita tengok dulu bagaimana hasil perniagaan bernas yang akan aku usahakan nanti. Sebelum itu, hehe, kena balik kampung ambil stock! (jual budu ker? (kah.. kah..))..

# Marilyn | Permalink |

 

CAKAP-CAKAP


Name :
Web URL :
Message :

LAMA-LAMA

KAWAN-KAWAN

LAIN-LAIN

Geng Jurnal

online

Layout oleh: Mat Jan