 |

AIDS - Mari Belajar tentang Sex
Dulu aku memang prejudis terhadap pesakit AIDS and aku tak rasa itu masalah yang perlu untuk aku ambik tahu. Waktu tu, aku cukup marah dan tak berkenan bila they all supply jarum dan kondom percuma kat penagih-penagih dadah tegar. Sehinggalah 2 tahun lepas. Company aku ada buat training pasal AIDS... terus aku bukak mata about penyakit ni.
AIDS bukan penyakit terpencil and i just can't sweep it under the carpet and pretend ianya tak melibatkan aku. AIDS sebenarnya masalah global. Cuba kau bayangkan kat negara-negara yang peratus penghidap AIDS ni tinggi. Cuba kau bayangkan sebuah company yang ada 100 pekerja tapi 40% daripadanya penghidap AIDS. Apa jadi kalau 20% daripada pekerja yang ada AIDS tu tenaga mahir, tenaga professional? Skills and knowledge they all hilang macam tu aje..Tak ke merugikan duit, masa, company dan negara untuk train balik pekerja-pekerja sebanyak nih?
Habis je attend training tu, memang membuatkan aku terpikir. That semua org sebenarnya TERDEDAH kepada AIDS. Module training yang aku attend tu pun bukannya semata-mata classroom training and presenter bagi presentation je. Di sebabkan trainer tu Mat Salleh, mungkin pengajaran sedikit berbeza. Kami banyak berbincang dan kami tersedar sendiri tentang kejahilan diri tentang penyakit AIDS. Managers then diajar macam mana nak deal sekiranya ada subordinate yang datang and katakan bahawa mereka menghidap AIDS. kami diajar cara berkomunikasi, buat rombakan jadual kerja untuk pekerja yang menghidap AIDS untuk kurangkan beban mereka dan sebagainya.
Kenapa aku katakan SEMUA org terdedah kepada AIDS? (aku gunakan bahasa kasar tanpa tapisan. Tak apa-kita dah semua dah besar).
1) Husband yang pergi outstation mungkin terpengaruh dgn ajakan kawan, melanggan pelacur dan tak pakai kondom. Bila balik, kau ingat husband ni nak bagi tahu wife dia bahawa dia melanggan pelacur? Of course tak! Katakan husband affected, wife pun mungkin affected. Lagi teruk kalau wife tu kemudiannya pregnant.
2) Husband/wife mungkin ada affair dengan girlfriend/boyfriend masing-masing (BANYAK kes-kes begini berlaku sekarang). Macam mana kita boleh confirm girlfriend/boyfriend kita tu tak pernah buat project dgn orang lain dan kalau pun kita tahu dia pernah, pasti ke dia gunakan kondom setiap masa?
3) Kau travel ke negara-negara yang kurang membangun (sekarang ada tambang murah dan semua org suka pergi melancong!) dan terlibat dengan kemalangan lalu diberi rawatan dan bekalan darah. Kau sedar ke masa tu untuk bangun dan berkata "darah ni dah check ke belum ada virus AIDS atau tidak?" Of course tak! so kau hanya sedar beberapa tahun selepas itu. Zaman sekarang derma darah dah strict and if this happened to anyone of you, memang you are so unlucky lah.
4) Bayi yang menyusu boleh terdedah risiko AIDS sekiranya ibu penghidap AIDS (ya! dari susu ibu!). Tapi ibu tu kalau tak tahu dia dapat AIDS from husband dia macam mana?
AIDS tak berjangkit. Tapi peratusan penghidap AIDS meningkat di sebabkan jahilnya manusia tentang penyakt ini. Ignorant kills! Bukan semua pelacur tu sakit AIDS. Pelacur yang bodoh saja terdedah dgn AIDS ni. Bukan semua Lawyer, Doctor, Engineer and Boss-boss besar tak kena penyakit AIDS! mereka-mereka yang bodoh dan ignorant saja terdedah dgn penyakit ini.
Pakai condom berhati-hati (ya adik-adik.. sex education). Periksa tarikh luput. Jangan pulak pakai oil base lubricants dengan condom. Condom is not one size fits all - pilih saiz masing-masing. Masa bukak packet, jangan lah rakus sangat. Berhati-hati - jangan pulak kondom tu terkoyak.
Aku tak suruh semua org be unfaithful dengan pasangan masing-masing. Berterus-terang paling penting... dan katakanlah masih mahu meneruskan dosa, pakailah kondom! Be smart! Jangan susahkan orang lain di masa depan sebab penyakit AIDS ni mengambil masa beberapa tahun untuk rasai kesannya (unless lah pergi blood test 4-5 bulan sekali). Susah nak track balik nanti and ignorant people mcm ni lah yang menyebarkan penyakit AIDS dan menaikkan statistics.
And janganlah takut mendekati penghidap AIDS. Their immunisation system is very weak.. mana mungkin dia mampu menyakiti kita yang sihat ni. Support mereka dan janganlah mendiskriminasi. I hope i've done my little parts in reducing number of potential AIDS patients. Take care!Labels: AIDS, Condoms, Sex
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|