 |

I'm Back! - Bercakap tentang hobi
Lama sungguh aku tak tulis blog. Dah setahun lebih. Haha... Sibuk! Alasan lapuk yang biasa aku gunakan. Bukannya aku tak surf internet. Tapi sekarang banyak website pelik-pelik (pelik yaaa?) yang aku layari.
Suami selalu menegur, "Internet bukan hanya untuk Friendster dan Facebook. Gunakan untuk belajar benda-benda yang berfaedah".
Sehinggalah aku kurangkan aktiviti Facebook dan Friendster. Sekarang hobi aku melayari internet cari ilmu. Aku baca forum-forum berkenaan politik, pemikiran manusia, gossips (opps!), pengetahuan teknikal dan sebagainya.
Bercakap tentang hobi, aku sekarang memupuk hobi lama - hobi yang dah lama aku tinggalkan. Dulu aku ulat buku. Berkepit dengan buku setiap masa. Semenjak bekerja, aku kurangkan kan masa membaca. Komitmen kewangan pula semenjak bekerja semakin bertambah. Bahan bacaan sekarang cukup mahal berbanding zaman dahulu. Jadi membeli dan membaca buku bukan satu keutamaan sejak 5 tahun lepas. Sehinggalah bulan lepas bila aku rasakan aku mempunyai wang lebih (yuhuuu!) dan aku rasakan aku perlu lebih membaca. Jadi aku memulakan projek "Mari Membaca" dan "Mari Memborong". Aku borong buku seperti memborong kasut dan baju.
Setakat ini projek "Mari Membaca" agak bagus. Tapi masalahnya, apabila aku mula membaca, aku susah untuk berhenti. Akibatnya, sudah 3 malam aku tidur pukul 4 pagi bersengkang mata menghabiskan bacaan. Masalah!
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|