
Bilik Sewa
I might as well advertise this.
House mate aku nak pindah. So to anyone yang sedang cari rumah sewa, digalakkan untuk memohon (err, memohon? is this the right term?). Mintak tolong lah offerkan kepada sesiapa yang berhajat mencari bilik sewa. Ciri-ciri bilik dan kelayakan adalah seperti berikut:
Perempuan sahaja.
Untuk kemasukan bulan December (lepas raya).
Rumah terrace 2 tingkat yang sangat luas merangkumi bilik yang sangat luas (unfurnished room).
Lokasi di Taman Cheras Indah (bersebelahan KYPM dan GMI).
Berhampiran Start LRT Pandan Jaya - hanya 5 minit jalan kaki ke LRT dr rumah.
Kelengkapan rumah lengkap.
Yaa!! Jangan lepaskan peluang hebat ini. Cepat hubungi melalui email makeupthetoilet.at.yahoo.dot.com.
Since aku kerja di area Pusat Bandar Damansara, to those yang kerja kat area tuh, boleh lah tumpang gi kerja bersama-sama-provided aku tak gi outstation lah.
Ok. Thanks!
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Blue Monkey
Ok, ok. Aku gelakkan Imie (Zhoulz) pasal dia ulas monyet biru dalam blog dia. Aku cecuber jugak click kat link tuh and entered my birth dates. Guess what? Aku pun dapat MONYET biru jugak!! Arrgh.. tensen! tensen!
1. You are Blue Monkey, who has pretty smile and are charming woman. (wooooo..agree)
2. Your personality is very straight forward and conscientious. (agree)
3. Although you seem rather nervous, you are naturally strong and can not stand to lose. (very true)
4. You are a honest person with guts. (seems so..)
5. Your facial features are handsome and you are a smart dresser with urban sense. (fashionable, maybe)
6. You are also a curious person. (Boss, if u are reading this, the article confirms i am a curious person)
7. You are a hard worker, and you put your energy not only in work but also in your personal interests. (yeap!)
8. There are many Blue Monkey people who have mastered an art that would result in practical benefits. (once thought of opening an art gallery)
9. You can show womanly consideration to those around you, and even if you are not feeling well, you can commit your self in making happy atmosphere. (seems so)
10. Although you try to act cheerfully, you tend to be rather lonely mentally. (Does this say that i am a cheerful person?)
11. Unlike your outer characteristic, you tend to submit to lonely circumstances. (and y is it contradict with No. 10 statement?)
12. You are not very good at expressing your feelings, and may give false idea to those around you. (Har har. So true. Yeap! so true (while nodding my head))
13. You should know that without trying to make your self understood, you won't to get the cooperation and help of the others. (really?)
14. You will be able to lead life free from pressure, if you can keep a relationship with those people bonded by heart. (how sweet..)
15. Your intelligence and creativity makes you suited to jobs relating to art and design. (So i have to change my profession?)
16. Once married and you have children of your own, you will become good mother and wife. (Ok. List is still open.. hahahaha)
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Mimpi Graphic
Semalam aku bermimpi graphic. Kalian pernah bermimpi graphic? Aku bermimpi aku terjatuh ke dalam lubang yang dalam dan gelap. Tiba-tiba, imej mimpi menjadi corak-corak abstrak berwarna hitam dan kelabu yang cantik. Corak tajam-tajam seperti daun nenas. Ok!Ok! Mungkin terpengaruh dengan cerita yang aku tonton sebelum tidur - Jeepers Creepers.
Terasa hidup sudah tidak normal. Aku terlalu banyak menonton dvd sekarang ini. Terlalu banyak dalam konteks aku ialah perlakuan luar biasa yang selalunya aku tidak buat atau buat secara ala kadar. Kalau dulu (beberapa bulan lepas), aku hanya menonton 2-3 movie seminggu, kini aku menonton 4 movie sehari - without fail! Errkk.. scarry. Adakah aku dah melangkah ke alam 'Movie Maniac'? Seems like i have to tune back my life to normal.
___________________________________________
Blog visit:
Dayung Sangon
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Sister in Pink and My Dear Boss
This is my little sister who likes pink. And her obsession towards pink is worse than mine. All of her stuff needs to be pink! T-shirts, jeans, school bag, pencil case, pencils, pens, hair clips... name it - everything. Guess who she always 'pau' for her pink stuff? You are right, I am, her big sister who always kena pau with my little sister and other not-so-little sisters.
Went Hari Raya shopping last 2 weeks for sisters' dresses. Gawd, so tiring to match their needs with little money in my pocket. Luckily there's this smart invention of squarish plastic card that can turn desires into reality (but will kill u at the end of the month if your notes does not go through that stone cash deposite machine). I know that i should stop swipping those (those?) cards (cardsss?) at malls. But the snatch thieves are everywhere now that i am only dare to bring only RM100 in my purse. In any case they want it, i will just let go my handbag.
Need to get back to work.
This goes to my boss (he is currently busy searching my blog address, i guess ) ----> i bet you won' find it!! hahahaha.
# Marilyn | Permalink |
|
 |
 |

Kelisa Purple
Pagi tadi sungguh adventerous !! Satu kemalangan memang betul-betul berlaku depan mata aku. Wahh, sungguh real (memang real pun). Begini ceritanya.
Waktu itu aku tengah speed nak ke tempat kerja. Dekat persimpangan Semantan. Dari jauh lagi aku lihat entah kenapa satu kelisa purple nih jalan segan, berhenti tak mahu jer gayanya. Last-last sekali, kelisa purple nih berbenti betul-betul dilane tengah (aku panggil lane tengah sebagai 'lane orang-orang confuse'-tak tahu nak speed or nak slow down). Ada kah patut kelisa nih berhenti di highway and di lane confuse?? Kalau nak kata driver kelisa tu baru belajar kereta, mcm tak logik jer belajar kereta di pagi-pagi hari time orang sibuk nak gi kerja. Mungkin kelisa purple tuh bermasalah. Tapi sepatutnya pemandunya siap-siap ambik 'lane lenggang' (lane kiri, lenggang untuk singkatan itik lenggang petang) kalau tahu kereta bermasalah.
Nasib baik aku memang di lane kanan. Tapi so unfortunate, satu kereta di belakang kelisa purple brek sampai semput-semput dan berasap-asap dan BANG!!!! betul-betul langgar kelisa purple tuh depan mata aku.
"Errkk... nak buat apa nih?"
Aku teruskan perjalanan ke tempat kerja. Bukannya aku tak nak menjadi a good samaritan (ohhhh..) tapi rasionalnya, sekiranya aku juga memberhentikan kereta, kemungkinan kereta aku juga akan dilanggar oleh kereta-kereta lain.
All because of that small kelisa purple....
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Hartamas Square dan Air Lalat
Semalam berbuka puasa bersama kawan-kawan se-geng semasa di Universiti. Seronok sungguh aktiviti gathering semalam. Al-maklumlah, dah hampir 3 tahun tak bersua muka. Ok, ok, to be exact, memang aku lah yang menyepikan diri (menyombongkan diri? hehe, ampunnn kawanku, aku terlalu bekerja keras sehingga melupakan kawan-kawan ) ekoran tuntutan kerja dan sebagainya. Mereka masih berjumpa jika ada kelapangan.. tetapi tidaklah gathering besar-besaran.
Semalam kami berbuka di Hartamas Square. Selalunya jika ke Hartamas, aku hanya ke Uncle Don's cafe. First time menjejak kaki ke Hartamas Square. Riuh rendah kami bercerita pasal diri masing-masing dan mengusik satu sama lain dengan cerita-cerita lama. Farah masih dengan perangai gila-gila. Yani Merican maintain rugged. Nita masih ayu dan Fila cute seperti dulu-dulu walau sudah beranak satu. Aku juga mengenali kawan-kawan baru Vena, Rina, Sha Boy, Boy Herman dan Zam. Meriahnya!!
Yang tak meriah apabila fresh orange yang aku order tiba-tiba berlalat di dalamnya. Chesss... Aku pun tak pasti samaada air itu sudah berlalat apabila aku minum atau lalat itu baru sahaja reverse parking dalam air oren ku yang tinggal setengah gelas itu. Nampak saja lalat, Farah dengan gaya Lara Croftnya mengambil straw dan gila-gila melemaskan lalat dalam air oren ku.
"Lemaskan lalat ni..Lemaskan lalat ni.."
"Weh, air aku lah. Aku nak minum air apa nih? Air nih dah ada lalat. Errrkkk, lalat nih dah ada sejak tadi ker?"
"Kau tak tengok ke sebelum minum?"
"Tak tengok. Aku terus minum je. Kena tengok dulu ker? Farah, kau dah tanggalkan sayap lalat nih. Macam mana dia nak terbang?"
"Tok sah terbang lah. Kejap aku panggilkan orang tu suruh tukarkan air kau"
"Abang, tukarkan air ni. Ada lalat..."
"Dah separuh mana boleh tukar. Lalat tuh baru masuk lah"
"Lalat nih memang dah ada kat sini dari tadi. Kawan saya yang tak perasan minum dengan lalat-lalat nih sekali. Tengok, dia dah pening. Kejap lagi kalau dia muntah, saya kena bawa pergi klinik" (pada scene ini, aku buat-buat muka seposen mcm pening-pening lalat).
"Nak ganti balik air oren ni atau saya claim medical bill kat abang nanti? Cepatttt..."
Abang air oren berlalat ambil gelas aku dan datang 5 minit kemudian dengan air oren baru.
"Farah, kau rasa dia sabotaj aku tak? Mana tahu dia tak tukar air nih. Dia buang lalat and tambah air oren lain ker..."
"Kau minum jer... Takper lah bekas lalat pun. Datuk aku cakap sapa minum air lalat jadi pandai."
"Ok."
Aku order lagi segelas fresh orange dan bagi Farah minum air oren aku. Hehehe. Peace!
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Puasa
Tak lama lagi dah nak menyambut puasa. Pejam celik pejam celik, rasa cepat sangat masa berlalu. Last-last raya sepupu lelaki aku kawin. Last raya sepupu perempuan kawen. Raya tahun nih adik dia (still sepupu aku) pulak kawen. Aku?? Hehehe.. maintain single lah ...Cepat sungguh masa berlalu!!
Bukan aku nak bercerita pasal raya, mahupun pasal majlis perkahwinan sepupu aku yang bakal berlangsung (mama and umi - selingan ini ini ditujukan khas dengan ucapan selamat menyibukkan diri sempena majlis perkahwinan Zuhairah). Aku nak bercerita pasal ulasan menarik Ustaz yang aku dengar dalam MHI pagi tadi masa aku tengah sibuk-sibuk bersiap nak ke office.
MHI mengulas tentang bagaimana nak mengajar anak berpuasa. Yang interestingnya bila Ustaz itu mennyatakan terdapat 3 konsep melakukan ibadat - ibadat businessman, ibadat hamba dan ibadat cinta. Ibadat businessman bila berbuat baik tapi dalam waktu yang sama mengira profit yang akan dapat. Analogi yang diguna pakai ialah contohnya bersedekah di hari Jumaat. Hari Jumaat ni, kita bersedekah satu benda, balasan pahala 7 benda. Wah!! Banyak tu... jadi people yang ibadat businessman akan mengira faktor-faktor itu. Kalau aku diminta diberikan contoh, aku gunakan contoh Puasa ganti di hari Isnin dan Khamis. Dapat pahala puasa sunat jugak. Pelaburan yang berbaloi...
Ibadat Hamba ialah perbuatan melakukan ibadat kerana takut dan merasakan diri sebagai hambaNya. Justeru, hamba harus sentiasa membuat ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tidak boleh tidak. Aku rasa semua faham dengan istilah ini.
Ibadat Cinta ialah bilamana kita mencapai peringkat tertinggi dalam melakukan ibadat. Bagaikan orang bercinta, semuanya sanggup dilakukan. Percintaan kepadaNya yang tulus dan ikhlas sehingga sangup berkorban segalanya. Bestnya kalau dapat mencapai tahap ini.
Begitulah mendidik anak kecil berpuasa. Latih dengan konsep ibadat businessman dahulu dan berikan pengisian-pengisian seterusnya hingga timbul perasaan cinta kepadaNya. Latih dengan memberikan upah seperti duit dan hadiah. Jangan siksa mereka. Anggapkan puasa itu satu perkara yang menyeronokkan buat mereka. Ketiga-tiga konsep ibadat tersebut tidak salah. Menurut Ustaz itu, tiada paksaan dalam Islam. Tetapi, seorang insan seharusnya tahu bilakah waktu diwajibkan ke atasnya untuk berpuasa dan jalankanlah ibadat tersebut bila sudah sampai masanya.Menarik sekali morning talk MHI hari ini. Yang pasti, ada knowledge baru yang aku perolehi dan aku sesungguhnya ingin berkongsi pengisian tersebut.
Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog 'MaKeUpTheToiLet' !!!!
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Dalam Hati Ada Cinta - Part II
Kisah cinta yang ingin aku ceritakan ada suka dan ada dukanya. Kisah cinta 2 hati. Tak pernah aku buka kisah cinta ini kepada sesiapa. Kali ini aku ingin berkongsi kisah cinta ini...
Rina, pelajar sebuah universiti di ibu kota. Seorang pelajar yang perwatakannya agak menarik dan ramah. Di samping dikelilingi kumpulan rakan-rakan yang berkategori up-to-date. Disenangi oleh ramai pelajar dan dikelilingi ramai rakan. Kisah cinta Rina bermula dengan pandang memandang dengan seorang pelajar senior - Hakim, dari mata turun ke hati menjadi cinta. Hakim juga berperwatakan agak menarik. Lebih-lebih lagi dengan kereta sportnya yang menderum-derum sekitar kolej setiap hari. Hakim bangga memiliki Rina dan begitu juga sebaliknya.
Rina berkongsi setiap kisah hidupnya dengan ibu tersayang. Si Ibu merestui pilihan Rina lalu Hakim diajak datang ke rumah untuk berkenal-kenalan. Berdebar-debar hati Rina menanti kedatangan Hakim di muka pintu. Segala pesan dari segi berpakaian dan buah tangan yang harus dibawa telah siap dipesan kepada Hakim pada malam sebelumnya. Hakim datang dengan tersipu-sipu. Berdebar berjumpa buah hati dan keluarganya. Segalanya berjalan lancar dan baik sekali. Hakim pulang dengan hati yang berbunga-bunga.
Harapkan panas hingga ke petang. Sikap Hakim berubah selepas beberapa ketika. Tatkala hati Rina benar-benar menyintai Hakim, Hakim mula menampakkan sikap panas barannya yang sebenar. Pantang ada silap, sumpah seranah hanyalah mainan di bibir Hakim. Namun, Rina mengerti, Hakim tertekan dengan masalah keluarganya dan Rina merelakan Hakim menyumpah seranah dirinya. dan hakikatnya, Hakim masih menyayangi Rina. Cuma, panas baran dirinya tidak dapat dibendung oleh Hakim walau pun betapa kuat ditahannya.
Hingga pada suatu hari, SMS Rina telah dibaca oleh adiknya dan ditunjukkan kepada bapa Rina. Hancur hati si Bapa dan Ibu apabila mengetahui cerita sebenar. Anak kesayangan diperlakukan sebegitu oleh lelaki yang diharapkan dapat menjaganya suatu hari nanti. Bapa Rina nekad agar Rina memutuskan hubungan..... Berjayakah usaha Bapa Rina untuk memutuskan hubungan Rina dan Hakim? Tunggu....
# Marilyn | Permalink |
|
 |

Dalam Hati Ada Cinta - Part I
Pernah tengok Samarinda 'Dalam Hati Ada Cinta?' Apakah yang perlu dibuat kalau dalam hati ada cinta? Biasanya manusia rela lakukan apa sahaja. Cinta selalunya dikaitkan dengan perasaan yang amat mendalam, luhur dan tulus. Tidak kira sama ada pada manusia, binatang, tumbuhan atau Dia. Aku nak berbicara pasal cinta sesama manusia. Kadang-kadang rockers kita juga merujuk cinta dengan istilah cintan - yeah! 'tangkap cintan sama lu!'.......
Dahulu, aku pernah bertanya pada banyak orang - apakah itu cinta? bagaimana rasanya bercinta? Apakah pengertian cinta yang sebenar? Bagaimana pula dengan buta kerana cinta?
Jawapan yang diperolehi juga pelbagai. Ada yang katakan cinta suatu perasaan yang menyebabkan kita gembira dan rasa seronok berdampingan dengan seseorang itu. Ada yang katakan cinta sukar digambarkan tetapi cinta seharusnya diimbangi dengan toleransi dan persefahaman - menerima seseorang itu seadanya dan bergembira dengan apa yang dimilikinya tanpa merubah apa-apa. Ada yang katakan cinta ialah perkongsian perasaan adn persefahaman antara dua homo sapiens and it is suppose to be mutual. ada yang kata cinta mampu membuatkan kita senyum dan hati berbunga-bunga dari pagi hingga petang dan bersambung hingga petang esoknya dan lagi dan lagi dan lagi. Tak kurang juga yang berkata - cinta itu buta dan akan terjadi pada sesiapa sahaja.
Kalau benar cinta itu suatu perasaan yang tulus ikhlas dan akan subur selamanya, mengapa ada pasangan yang bercinta sebelum berkahwin masih bercerai-berai setelah berumahtangga? Mengapa ada orang yang putus cinta? Adakah kerana tiada lagi cinta di hati mereka?
Bagi aku, segala jawapan merujuk kepada suatu penghujung - pengertian cinta itu subjektif. Terlalu subjektif. Dan apa yang akan aku ceritakan adalah siri kisah cinta yang terlalu kompleks. Bagaimana suatu kisah cinta ini merangkumi pengertian cinta luar biasa yang meliputi cinta yang suci, tentangan dalam bercinta dan buta kerana cinta.
Tunggu...
# Marilyn | Permalink |
|
|
|
|
|